Quantcast
Channel: beliamuda {dot} com » sijil pelajaran malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Selamat Menduduki SPM 2012!

$
0
0

Salam sejahtera buat semua.

Tarikh SPM 2012

Kalendar persekolahan dalam bulan September terkenal dengan UPSR, bulan Oktober dengan PMR, manakala bulan November dengan SPM. Kini bulan November telah pun tiba, maka tempoh peperiksaan awam paling panjang di Malaysia akan bermula pada hari esok sehingga 6 Disember 2012.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan berlangsung bermula Isnin, 5 November 2012 sehingga 6 Disember 2012. Jadual lengkap SPM 2012 boleh dirujuk sebagai panduan mata pelajaran dan subjek yang akan diduduki nanti.

Statistik Calon SPM 2012

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, jumlah calon SPM 2012 ialah seramai 472,541 calon yang akan menjawab kertas peperiksaan di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon-calon SPM 2012 ini terdiri daripada calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan seramai 415,530 calon, manakala 7,708 calon daripada sekolah di bawah agensi kerajaan selain kementerian dan 7,946 calon daripada sekolah menengah agama negeri.

Selain itu, seramai 11,309 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian, 28,148 calon sekolah menengah agama rakyat dan 1,900 calon persendirian akan turut menduduki SPM 2012.

Selamat berjaya dan selamat menduduki SPM 2012 buat semua calon SPM pada tahun ini. Semoga yang terbaik buat anda semua!

beliamuda: Pssst! Ada soalan SPM 2012 bocor tak?

(Dilawati sebanyak 371 kali, 1 kali hari ini)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Latest Images

Selamat Pagi Baščaršija

Selamat Pagi Baščaršija

Selamat Pagi Baščaršija

Selamat Pagi Baščaršija

Selamat Pagi Baščaršija

Selamat Pagi Baščaršija

Selamat Pagi Baščaršija

Selamat Pagi Baščaršija

Sarapan Apa di Sarajevo?

Sarapan Apa di Sarajevo?

Sarapan Apa di Sarajevo?

Sarapan Apa di Sarajevo?

Sarapan Apa di Sarajevo?

Sarapan Apa di Sarajevo?

Sarapan Apa di Sarajevo?

Sarapan Apa di Sarajevo?

Sarapan Apa di Sarajevo?

Sarapan Apa di Sarajevo?

Sarapan Apa di Sarajevo?

Sarapan Apa di Sarajevo?